Skip to main content
Kongsikan Facebook X 

Pesuruhjaya Sumpah

PERKHIDMATAN PESURUHJAYA SUMPAH

UNIT UNDANG-UNDANG MDKT,
ARAS 2,
MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI

Mengendalikan Sumpah untuk :-
1) Justifikasi Jaminan;
2) Mengambil apa-apa afidavit atau ikrar;
3) Sumpah wasi dan pentadbir; dan
4) Mana-mana orang dalam apa-apa tindakan, perkara atau prosiding yang menunggu penyelesaian atau hampir hendak dimulakan dalam mana-mana mahkamah; 

- Dan mengambil dan menerima akuan berkanun.

FI PERKHIDMATAN 

Tertakluk di bawah Fi yang dilevikan di bawah Kaedah-kaedah PJS 2018 dan Perintah (Bayaran) Surat Akuan (Pindaan) 2023, Akta Akuan Berkanun 1960.

Akta Akuan Berkanun 1960

Perintah Bayaran Surat Akuan (Pindaan) 2023 Berkuat Kuasa 16 Januari 2023

BilJenis DokumenKadar Fi (RM)
1Akuan Berkanun10.00 bagi setiap akaun
2Eksibit atau lampiran yang dirujuk di dalam akuan berkanun10.00 bagi setiap eksibit atau lampiran

Papan Tanda Fi Yang Dilevikan

BilJenis DokumenKadar Fi (RM)
1Afidavit asal10.00 bagi setiap deponen
2Ekshibit yang disebut di dalam afidavit asal5.00 bagi setiap ekshibit
3Pendua atau salinan afidavit5.00 bagi setiap afidavit
4Pendua atau salinan ekshibit2.00 bagi setiap ekshibit
5Dokumen, ikrar, aku terimaan, surat ikatan atau surat cara lain10.00 bagi setiap dokumen
6Pendua atau salinan dokumen termasuk ikrar, aku terimaan, surat ikatan atau cara lain5.00 bagi setiap dokumen

Apa-apa aduan mengenai pengenaan fi tambahan yang dikenakan oleh Pesuruhjaya Sumpah selain yang tertera di atas atau apa-apa salah laku Pesuruhjaya Sumpah bolehlah diadukan melalui e-mel kepada bpjs@kehakiman.gov.my atau talian am 03-88803500 atau talian terus 03-88809503.