Pelancongan
![]() | MUZIUM KOTA TINGGI Muzium Kota Tinggi terletak 0.5 KM dari Bandar Kota Tinggi, berdekatan dengan persimpangan Jalan Mawai, Jalan ke Desaru dan Jalan Johor Bahru. Umumnya, Muzium Kota Tinggi ini mempamerkan empat fasa peristiwa mengikut urutan kronologi sejarah. Oleh itu tumpuan Muzium Kota Tinggi adalah pada sejarah Kesultanan Johor Lama, Institut Politik dan Sosioekonomi Daerah Kota Tinggi yang meliputi zaman kegemilangan Johor Lama ( 1529-1705 ) hingga ke zaman ini.
Alamat: JKR 1858(P), Jalan Laksamana Kota Tinggi, Johor 81900 Malaysia Telefon: |
LAMAN LAKSAMANA Laman Laksamana merupakan Laman Dalam Komuniti. Laman ini terletak berhampiran dengan Taman Kemang. Laman ini dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Dan Perumahan - Datuk Baderi Dasuki. | ![]() |
![]() | AIR TERJUN KOTA TINGGI Air Terjun Kota Tinggi terletak kira-kira 56 km dari Utara Johor Bahru dan 16 km dari Bandar Kota Tinggi. Tempat peranginan ini terdapat 43 bilik hotel moden dan 20 buah chalet persendirian yang dibina dilereng-lereng bukit. |
KOTA JOHOR LAMA Kota Johor Lama terletak di tebing kiri menghilir Sungai Johor kira-kira 27km dari Bandar Kota Tinggi atau kira-kira 30km dengan darat melalui jalan ke Desaru masuk ke Teluk Sengat. Paulo de Lima Pareira melaporkan bahawa dalam peperangan tersebut, Portugis memusnahkan langsung pusat pemerintahan Kota Johor Lama lalu dibakar dan Kota Batunya dimusnahkan. Beliau telah merampas 800 pucuk meriam gangsa, emas, perak, 1,200 buah perahu besar dan kecil dan sebagainya. Menurutnya kapal yang membawa rampasan perang ini telah karam di perairan Indonesia. Sejak dari tarikh itu pusat pemerintahan di Tanjung Batu dengan Kota Batunya yang gagah tidak lagi dijadikan ibu negeri oleh sultan-sultan Johor yang berikutnya. Kota Johor Lama terbiar buat seketika hinggalah zaman pemerintahan Sultan Ibrahim (1677-1685). Pada tahun 1678, Laksamana Tun Abdul Jamil Paduka Raja (bapa mertua Sultan Ibrahim) telah datang ke Johor Lama dari Siak dan membunuh Temenggong. Sultan Ibrahim telah cuba membina semula Johor Lama dan memindahkan pusat pemerintahan ke sana tetapi tidak tercapai kerana mangkat di Riau pada 16 Februari 1685. Kota Batu Johor Lama menjadi tempat bersemayan sementara Sultan Mahmud Shah II (1685-1699). | ![]() |
![]() | LORONG SENI Lorong seni merupakan satu projek melestari lorong belakang dan terletak dikawasan Jalan Yusof, ia merupakan lorong seni yang pertama di Johor. |
RAF POINT ADVENTURE Jika anda sukakan aktiviti lasak atau ingin mengadakan kem motivasi khas untuk pelajar sekolah menengah dan rendah, cubalah di RAF Point Adventures yang terletak di Kota Tinggi. Di RAF Point Adventures menyediakan pelbagai aktiviti lasak yang pastinya mencabar mental dan fizikal anda termasuk aktiviti memanah, ATV, Flying Fox dari pokok ke pokok sepanjang 560 meter, 'night walk', paintball atau jika ingin mendaki Gunung Panti. Lot 9662, Rancangan Sungai Sendayan, Kampung Lukut, Kota Tinggi, Johor |
Bagi mendapatkan maklumat dan penerangan, sila hubungi:-
Jabatan Pembangunan Masyarakat
Majlis Daerah Kota Tinggi




