23 APRIL 2024, SELASA | Ops Banteras Penjaja Warga Asing di sekitar kawasan pentadbiran MDKT telah dijalankan pada hari ini dengan kekuatan 38 orang anggota bersama pihak Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM Kota Tinggi dan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, KPDNKK serta Pejabat Daerah Kota Tinggi.
Operasi penguatkuasaan seperti ini dijalankan secara berterusan oleh MDKT. Dalam masa yang sama, para peniaga juga diingatkan untuk tidak mengambil kesempatan menyewakan premis perniagaan kepada warga asing.
Hasil siasatan dan tindakan ke atas 155 buah premis perniagaan adalah sebagaimana berikut:
MDKT
Kompaun UUK Pelesenan Iklan, MDKT: 2 kompaun
UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian,MDKT: 6 notis
AKTA 133: 5 notis/ kompaun
UUK Tred, Perniagaan, Perindustrian,MDKT: 3 penutupan premis
Kompaun UUK penjaja: 1 kompaun
IMIGRESEN
14 warga asing ditangkap tiada/tamat permit sah
KPDNKK
2 kes di bawah Akta kawalan harga dan anti pencatutan 2011
Untuk sebarang aduan atau penyaluran maklumat, sila Whatsapp MDKT di talian 0197177000.



