PERKHIDMATAN PESURUHJAYA SUMPAH
UNIT UNDANG-UNDANG MDKT,
ARAS 2,
MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI
Mengendalikan Sumpah untuk :-
1) Justifikasi Jaminan;
2) Mengambil apa-apa afidavit atau ikrar;
3) Sumpah wasi dan pentadbir; dan
4) Mana-mana orang dalam apa-apa tindakan, perkara atau prosiding yang menunggu penyelesaian atau hampir hendak dimulakan dalam mana-mana mahkamah;
- Dan mengambil dan menerima akuan berkanun.
FI PERKHIDMATAN
Tertakluk di bawah Fi yang dilevikan di bawah Kaedah-kaedah PJS 2018 dan Perintah (Bayaran) Surat Akuan (Pindaan) 2023, Akta Akuan Berkanun 1960.
Akta Akuan Berkanun 1960
Perintah Bayaran Surat Akuan (Pindaan) 2023 Berkuat Kuasa 16 Januari 2023
| Bil | Jenis Dokumen | Kadar Fi (RM) |
|---|---|---|
| 1 | Akuan Berkanun | 10.00 bagi setiap akaun |
| 2 | Eksibit atau lampiran yang dirujuk di dalam akuan berkanun | 10.00 bagi setiap eksibit atau lampiran |
Papan Tanda Fi Yang Dilevikan
| Bil | Jenis Dokumen | Kadar Fi (RM) |
|---|---|---|
| 1 | Afidavit asal | 10.00 bagi setiap deponen |
| 2 | Ekshibit yang disebut di dalam afidavit asal | 5.00 bagi setiap ekshibit |
| 3 | Pendua atau salinan afidavit | 5.00 bagi setiap afidavit |
| 4 | Pendua atau salinan ekshibit | 2.00 bagi setiap ekshibit |
| 5 | Dokumen, ikrar, aku terimaan, surat ikatan atau surat cara lain | 10.00 bagi setiap dokumen |
| 6 | Pendua atau salinan dokumen termasuk ikrar, aku terimaan, surat ikatan atau cara lain | 5.00 bagi setiap dokumen |
Apa-apa aduan mengenai pengenaan fi tambahan yang dikenakan oleh Pesuruhjaya Sumpah selain yang tertera di atas atau apa-apa salah laku Pesuruhjaya Sumpah bolehlah diadukan melalui e-mel kepada bpjs@kehakiman.gov.my atau talian am 03-88803500 atau talian terus 03-88809503.